Kerajaan sentiasa mengutamakan pembangunan digital dan kekal komited mewujudkan masyarakat celik teknologi terutamanya ketika negara menempuh era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) selain menuju ke arah negara berpendapatan tinggi.<br /><br />Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, literasi digital yang dimiliki hari ini mewakili sebahagian ilmu yang terlalu kecil berbanding apa yang bakal hadir pada masa hadapan.
